Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

InSpiraSiCintaku.blogspot.com Headline Animator

Khamis, 31 Mei 2012

Pertemuan pertama kali Hubby dan Me



Terbaca FB hari ni. Member ku ada postkan Ayat perkenalan pertama yang di hantar kepada nya sebelum menjadi isteri. Sweets kan. Rasa Bahagia bila mengenang kembali saat bersama sebagai Kekasih.. Sekarang ni aku dan En. Hubby memang tak dapat untuk spend time bersama. Bila sudah ada anak ni. Kami lebih fokus pada Anak jer. Balik Hubby akan bergurau mesra dengan anak. Aku pula akan sibuk menguruskan hal rumahtangga. Memang balik rumah ada tugas dan hal masing-masing. So malam pula masing-masing penat dengan tugas di tempat kerja. Aku pula jenis tidur awal, tak larat nak tunggu En. Hubby yang sentiasa tidur lewat sebab menonton TV.  

Ni gambar yang kami hantar pada masing-masing

Perkenalan kami bermula pun pada awal tahun 7 Januari 2009 rasanya. Saat tu bermula dari kawan kami sendiri. Aku kenal dengan sorang kawan bernama Azeem. Dialah kenal kan aku pada En. Husband. Saat itu aku baru je putus tunang dan En. Hubby baru jer frust dengan Ex Girlfriend dia.  Niat perkenalan kami tu di ajukan sendiri oleh Azeem pada aku.  Saat tu aku pun tak kisah. Asalkan di ikhlas berkawan dengan aku. Pada mulanya. Azeem hanya berikan. Alamat emel jer pada En. Hubby. Saat tu aku mula berchating dengan dia. Seronok sangat saat tu. Kami share everything. Kami mempunyai minat yang sama. Saat tu juga aku ni nakal sikit. Aku dulu seorang gadis yang tidak bertudung diluar. Dia pula seorang yang alim dan solat tidak tinggal. Pada mulanya aku rasa janggal.

Kami terus call dan sms. Bercerita kisah pahit kami bersama dengan Ex masing-masing. Dan soalan ni kalau mana-mana pasang sering bertanya. "Kalau boleh nak gadis/lelaki yang macam mana". So masing-masing ada jawapannya. Bila di ingatkan balik lawakkan. Dan saat tu juga. kami mula menghantar gambar. Pada mulanya kami hanya kawan biasa. Dulu En. Hubby tiada kereta. Cuma ada motor. First kami berjumpa pun. Aku, Azeem dan En. Hubby keluar. Sebelum pertemuaan aku dan husband, dia dan berjanji. nanti dia akan bawa kan coklat. Ternyata dia tunaikan. kami bertemu di Food Court Presint 9. Bersembang, bertanya macam-macam perkara. Aku pada masa tu memang malu.  Dan aku tidak menyangka En. Hubby dulu seorang yang comel. Kecil jer orangnya. Tengok gambar masa tinggi. Rupanya tinggi dia lebih kurang aku. 

Selepas pada pertemuan kami di Presint 9, Dari situ la kami selalu ber mesej, kadang kala call. Aku dulu kerja di Putrajaya. Hanya naik motor jer. Tu la abang-abang di tempat kerja aku suka sangat panggil aku minah rempit. Selepas pertemuan tu juga kami keluar ke Mid Valley KL. Hanya menaiki ERL terus ke KL Sentral. Semua En. Hubby yang support. best nya. Makan pun dia belanja. Siap dia belikan Coklat Bulat warna pelangi hadiahkan untuk aku. Kami jalan-jalan tangkap gambar. Waktu tu dia kurus dan smart. Sekarang ni jer buncit dan boroi heheh. 
Lolipop yang menjadi hadiah pertemuan aku dan sedia

Beberapa bulan kemudian. Kami keluar dating di Times Square / Mid Valley pun tak ingat. Saat tu kami makan KFC rasanya. Dia melamar aku untuk jadi Girlfriend dia. Huhuhu masa tu aku tersipu malu. Aku tengok dia pun rasa macam gementar untuk bercakap dengan aku. Yer la lelaki ni, bila melamar takut kena rejectkan. So aku ambil keputusan untuk terima. Dan beberapa bulan lepas tu aku di bawa untuk berjumpa dengan keluarganya di kampung. Alhamdulilah ketika tu aku diterima baik oleh keluarga yang kini sudah menjadi Mertua aku.

Masa Hubby (ketika itu tunang) pergi Jepun. Kenangan di KLIA

Banyak kenangan sebenarnya yang tak dapat ditulis di sini. Sebab terlalu indah. Tetapi saat yang tidak boleh aku lupakan. Saat bila aku dan En. Hubby nak masuk panggung wayang kami di tahan oleh Krew GSC dan tanya umur kami berapa. Cakap la dah 20 lebih masa tu. Sebab cerita kami tengok tu 18 tahun ke atas jer. So dia ingat kami ni belasan tahun. Mana tak nya. Maybe muka kami nampak muda dan saiz kami sederhana. heheheh memang lawak time tu. Satu kejadian lagi. Bila kami naik lif di ERL Putrajaya, pintu ada dua depan dan belakang. First time masuk so kami confius. kami tunggu la pintu lif terbuka. Rupa-rupanya. pintu lif di belakang yang buka. Tu pun ditegur oleh seorang yang tengok kami duk terconggok depan lif tu. Lawak betul time tu. Saat En. Hubby pergi ke Jepun. huhuh sedihnya tinggal aku keseorangan. Pemergiaan dia dah la sebulan. Harapkan dapat Sky jer untuk melepaskan rindu.

Saat tu akan ku simpan sampai bila-bila. Bila di ingat kembali terasa geli hati pun ada. Tu la tanda pengikat kasih sayang kami berdua. Kami ikat tali pertunangan setahun. Pada tanggal 11 Julai 2009. Masa tu perkenalan kami hanya beberapa bulan sahaja.Pelbagai dugaan di tempuh. Biasa la darah manis. Tarikh perkahwinan kami pada 19 Nov 2010. Beberapa bulan kami berkahwin, Allah telah memberikan rezeki anak kepada kami dan tanggal 14 Ogos 2011 aku telah melahirkan seorang anak perempuan bernama Nur Alya Maisara Bt. Shahril Azhar. Dia la pengikat lagi kasih sayang antara kami berdua.

Honeymoon di Langkawi 2 hari selepas kami berkahwin belah perempuan

Aku berharap semoga hubungan aku dengan Husband akan berkekalan hingga ke syurga. Dugaan dan pengalaman aku tetap kami tempuh bersama walau bagaimana cara sekali pun. Harap Allah berikan kurnian dan keharmonian pada rumah tangga kami amin.

Sekarang nilah keluarga kami. Sekecil penyeri hidup kami setelah setahun perkahwinan kami.

Rabu, 30 Mei 2012

Termalu sendiri





         Mood ke bosanan. Bos pergi meeting. Rasanya kerja semua dah selesai. Minggu lepas aku pergi makan bersama Hubby dan baby di Perantau Hill Bangi.. Tu kali kedua rasanya kami makan di situ. Makanan dia ala-ala boleh la. Cuma servis di lambat sangat. Orang lain datang lambat dari kami, boleh pulak diorang dapat dulu. Hubby part tu cukup la marah. Sebelum kami order. Kami berasingan solat. Setelah En. Hubby solat baru la aku solat. Bergilir-gilir la kami memegang Yaya. Bila di surau, aku pun pergi la ambil air wuduk untuk solat magrib, setelah selesai aku pun masuk surau, aku lihat ada satu sejadah telah terbentang dan telah tersedia kain telekung yang cantik terlipat. Aku pun ambil pakai. Se elok je aku pakai kain telekung.. ada sorang kak tegur aku.

     Kakak : adik tu kakak punya
     Aku     : Oooooo ye ker minta maaf yer (blurrrrr dan rasa malu yang amat sangat)
     Kakak : tak per
     Aku     : Sory la akak, saya tengok lipat cantik jer. Ingatkan surau punya heheheheh
     Kakak : Tak per hehehehehheh :)

        Setelah tu aku teruskan niat aku untuk beribadat kepada Allah. Walaupun di hati ini tetap berasa malu.
So moralnya. Kita kena tanya dulu siap punya tudung jangan pakai saruk jer. Selalunya kalau telekung di surau tidak la terurus. Mesti kotor dan berbau. So rajin-rajin kan diri ini bawa telekung sendiri. heheheheh.

Isnin, 28 Mei 2012

Majlis Pertunangan Along (Abang Ipar) dan Asyikin


Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat bertunang kepada Abang Ipar aku. Minggu lepas baru sahaja aku balik dari Kg. Sekhincan untuk pertunangan Abang Ipar aku yang pertama. Maaf la boleh dikatakan Abang ipar aku lewat berkahwin. Maybe ada sejarah hitam yang terpalit di ingatan menyebabkan lewat berkahwin. Tapi Alhamdulilah terbuka juga hatinya untuk mencari insan yang akan menyeri kehidupannya nanti.  Alhamdulilah juga niat aku untuk menghadiahkan sedulang hantaran tercapai juga. Aku hanya hadiah kan hasil kerja tangan aku, sebakul Apam Polkodot yang aku buat sendiri. Syukur hasil kerja aku berjaya. Cubaan aku yang ketiga. Apam menarik dan cantik. Rasa pun sedap. opsss terpuji diri sendiri.  Habis juga satu bekas aku buat. Separuh untuk hantaran dan separuh lagi untuk di makan bersama keluarga belah mertua.


Apa yang di rancang berjalan dengan lancar. Pukul 6 pagi kami bertolak ke Sekhinchan. Majlis pertunangannya berlangsung di Seksyen 17, Shah Alam. Kami di minta balik pun sebab kereta tak muat untuk meletakkan barang hantaran yang lain. Mana taknya ke semua hantaran belah lelaki 15 dulang. Hantaran Apam Polkodot aku sudah siap cuma nak wraping sahaja. Setiba sampai di rumah mertua aku terus menguruskan hantaran Apam Polkodot aku. Memang kelam kabut dibuatnya. Mana dengan nak uruskan hantaran tu, dengan kerenah yaya lagi. Setelah semua selesai kami bertolak dalam pukul 9.00 pagi. Kami semua berkumpul di Taman Meru Klang. Rumah pakcik sedara Hubby aku. Bila semua adik beradik sudah berkumpul. Kami pun beramai-ramai bertolak ke Seksyen 17 Shah Alam. Ramai juga la rombongan dari pihak lelaki. Kira-kira 10 buah kereta juga la.

Dari Meru Klang ke Seksyen 17 Shah Alam tidak la jauh mana lebih kurang 30 minit je. Setibanya di sana. kami di sambut belah lelaki dengan ramah dan meriah sekali. Ramai juga sedara mara di belah perempuan. Tema warna pertunangan mereka. Merah Putih. Nampak berseri wajah pengantin perempuan. Yang menarik minat aku tentang gubahan hantaran belah perempuan. Warna tema sama dengan tema aku masa Perkahwinan aku dulu. Majlis dan perbincangan berjalan dengan lancar. Kata setuju telah diputuskan. Tiba la masanya mak mertua aku untuk menyarungkan cincin ke jari manis si gadis. Terbentuk lah satu ikatan antara abang ipar aku dengan si gadis yang di impikan. Tarikh dan wang hantaran tidak la diputuskan. Aku rasa bila cukup duit jalan jer kot. So tak lama lagi keluarga mertua akan menerima orang baru. 

Penat juga menguruskan orang bertunang ni. Walaupun aku tidak terlibat sepenuhnya. Tapi membuat hantaran tu bukan senang. Tambahan aku buat sendiri hantaran tu. Sampai tak cukup tidur. Yer la menunggu masak. Membancuh Apam tu memang mudah. Tetapi nak menghias Apam polkodot tu mengambil masa yang lama. Masa Majlis tu sempat juga aku ambil Gambar hantaran dan gambar ketika menyarungkan cincin termasuk la hantaran Apam polkodot aku tu.  Tak sempat aku nak masukkan gambar semalam . Insya akan aku update gambar baru untuk tatapan semua.




                                   Ni la apam polkodot yang aku buat. siap dengan gubahan sekali


Me And Tunang Along


Ni la pasangan yang baru mengikat tali pertunangan



Rabu, 23 Mei 2012

Norma telah pergi ke rahmatullah Update dari blog MOon


Korang mesti penah dengar pasal Kisah Norma Talib, yang ada brain Tumor. Sedihkan cerita tu. Baru tadi dapat berita yang mengejutkan aku bila aku buka FB hari ini dimaklumkan bahawa Norma  telah meninggal dunia. Perasaan luluh meruntun jiwa. Mata ni berpinar di sebabkan pemergian Norma . Even kita tidak mengenalinya. Hanya Update kisahnya dari blog. Tetapi sedikit sebanyak kita akan rasa kesengsaraan beliau dan keluarga. Mengharungi kisah duka dan kesakitan. Kehilangan orang yang di sayangi. Kesian pada anaknya. Baru ingin merasa kasih sayang seorang ibu. Tetapi Allah lebih menyayangi Norma Talib.

Harap Norma di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Mudah mudahan dia tenang di sana. Kalau aku la lalui saat ni. entah ape la jadi. Maybe aku tidak boleh terima. Tetapi Husband Norma dan keluarga memang kuat dan tabah menghadapi dugaan ni. Aku hanya berkongsi cerita dan share pada semua. Hope kita semua dapat sedekahkan Al fatihah kepada arwah......

Entry dari blog Moon punya Blog http://miera301.blogspot.com/


Selasa, 22 Mei 2012

Kejadiaan tidak diduga


Hari ini badan aku pun rasa tak sedap, rasa macam nak demam dengan Selsema dan batuk serta pening kepala. Setelah makan ubat alhamdulilah  kurang sedikit. Allah berikan sakit ada tujuannya... Aku terima dengan reda. Syukur juga sebab aku tak demam seteruk dulu. Demam panas yang tak kebah seminggu lepas tu naik pula alegik satu badan. Orang tua-tua kata Kelopak garam, dan ada juga yang cakap kena ludah hantu. Tapi ape yang teruknya. Dia tumbuh satu badan dan menyebabkan kita sakit dan gatal sehingga tak boleh nak tidur. Mula-mula naik pada muka lepas tu seluruh badan. Ingat kena demam campak atau denggi. Rupanya Kelopak garam. Jumpa doktor kerajaan hanya bagi satu hari MC. Padahal kalau alegik ni mana boleh hilang satu hari. Keesokkannya  bengkaknya bertambah menjadi lebih teruk, sampaikan mulut aku menjadi tebal. Rasa seksa sangat. Makan ubat yang doktor bagi pun tak jalan. Sehingga kan mak aku dari Kg datang. Melawat dan melihat sendiri keadaan aku. Aku bukan ape kesian dengan yaya. Sebab aku memang tak larat nak jaga Yaya dengan keadaan aku macam ni. Alhamdulilah sudi juga mak aku datang walaupun dia kerja. Terpaksa juga la dia mengambil cuti kecemasan. Malam tu bila tengok muka dah bengkak dan tak dapat menahan gatal terpaksa juga aku pergi ke hospital . So doktor pun bagi satu cucuk. Alhamdulilah gatal dah kurang dan bengkak mula surut. Kalau tak memang tak boleh tidur.

Tak penah- penah aku ambil cuti seminggu. Dulu pun cuti, sebab kawin, bersalin dan Hr Raya. Tak penah ambil cuti sakit lama macam ni. Alhamdulilah bos paham. Lepas tu pulak seminggu aku baik. Yaya pulak kena. Sian dia. Kalau aku tak tahan. Ni kan yaya. Lagi la dia asyik merenggek jer la. Dugaan semua ni kan. Baru-baru ni. Kawan di ofice baby dia sakit masuk wad seminggu disebabkan ada jangkitan kuman pada paru-paru. Lepas tu pula anak dia yang sulung kena cirit- birit dan muntah. Siapa tak risau kalau anak sakit kan. Memang tak boleh nak tidur. Bersengkang mata menjaganya . Anak lebih penting dari segala-galanya.

Hari ini pula, berlaku masalah kereta akak ipar. Alarm dia problem berbunyi. Dah tak tahu nak buat ape coverge di parking tak ada.. So solutionnya terpaksa naik balik level G, call En. Hubby.  Tanya punya tanya. turun bawah balik. Nasib baik ada Satu staff ofice, parking kereta pada sama level tolong aku. Dia pun perasaan aku dah turun sebelum ni hehehhe. So Alarm problem dah ok. aku ni bukan ape. Bila ada masalah macam ni mula la gelabah. hehehehh. Yer la kita kat parking sorang. Tak ada sape ... mesti la fikir ke lain.

Malam pada hari yang sama juga, jadi pulak plug 3 pin satu rumah tak berfungsi. Aduh nak tengok tv tak boleh. Nak gosok baju tak boleh. Nasib baik la maintance di sini 24 hours. So call jer buat report, dan nanti ada la orang akan check. So bila diorang check ada la plug yang problem, Mybe masa masak air tadi. Alhamdulilah dah pulih sedia kala.

 Dalam satu hari macam-macam boleh jadikan. Bila dah berumahtangga badan ni memang rasa penat. Sibuk dengan kerja di ofice. Bila balik rumah ambil anak, tak rehat terus masak untuk makan malam. Anak kadang kala tak tido awal. So terpaksa la tunggu anak tidur. Ni lah tugas Suri rumah. Membuat segala tugas di rumah. Ada kalanya sebagai suri rumah pun tak ada masa untuk rehat badan. Hope kepada para suami faham la tugas isteri. So harap dapat la sama-sama membantu dalam menguruskan rumah tangga.

Ahad, 20 Mei 2012

Percubaan kedua Apam Polkodot


Apam Polkodot Versi 2
Mision Succes But kena perbaiki lagi


Susah juga buat apam polkodot ni. Cubaan yang pertama gagal sebab kekurangan satu bahan yang membuatkan Apam bau hanyir telur. Cubaan kedua ini aku buat sebab aku nak make sure minggu depan aku boleh buat. Sebab aku nak bagi hantaran Apam polkodot pada Abang ipar aku yang bertunang minggu depan. So memang aku cadangan nak bagi. Tapi risau pulak takut tak sedap. Ape pun aku cuba lakukan yang terbaik. Cuma sekarang aku nak terima feed back dari orang -orang di sekeliling aku. Terutama sekali Hubby aku la. Dia kata Inti sikit dan apam kurang lembut. Inti tu memang aku boleh terima. Tetapi kelembutan Apam tu aku rasa dah ok. Tapi tak pelah. sekarang ni aku nak bagi pada member aku di ofice untuk rasa. Maybe aku boleh lebih perbaiki. Sebab diorang lebih arif tentang masakan ni.

Setelah bersusah payah ini lah hasilnya. Aku pun dah rasa. tapi pada diri aku ok la. First time buat. tanpa di ajar orang lain. Mungkin Dot dotnya tak berapa menjadi. Tapi akan aku cuba perbaiki. 
Ada ke patut tido sekali dengan apam di tangan. Haih En. Hubby ni . aku suruh makan bukan suruh bawa tido :)




Jumaat, 18 Mei 2012

Kereta Baru



Insya Kereta ini akan aku miliki
My Darling 

Allah menguji kami lagi. Tetapi tetap juga dapat menempuhnya. Balik Perak tempoh hari. Kereta Waja En. Hubby buat perangai. Sebelum ni kereta tu meragam, dah ok balik. cuma sekarang lagi teruk sejak betulkan air cond. Balik ke kg kereta ok. Tetapi bila on the way balik Putrajaya kereta buat meragam balik. Cuba bayangkan kami dari Perak ke Sekinchan selangor. Hanya dapat bawa dalam 50 kilometer jer. Sebab kereta waja tu tak masuk gear 4. So maintaen gear 3 jer. Ada masa di trafic light atau di tepi jalan kami terpaksa berhenti. Takut jika kami berterusan bawa risau juga kalau enjin kereta meletup. Masa tu kami balik malam. Sampai di Sekinchan dalam pukul 2 pagi. Esoknya kami isnin kena juga masuk kerja. Selepas tukar kereta dengan kakak ipar kami dapat juga terus berjalan sampai ke Putrajaya dengan selamat. Kami sampai pun dalam pukul 3.30 Pagi. Barang - barang pun tak sempat kemas. Kesian si kecil ibu, tidur dalam kereta pun dalam keadaan tidak selesa.

Sebenarnya, sebelum ni kami telah pun cuba buat permohonan 2 kali untuk membeli kereta. Pelbagai usaha. akhirnya tidak berjaya. Dengan alasan sebab kami terlalu banyak komitmen. komitmen ini semuanya dari En. hubby sendiri.  So maybe bank pun tidak yakin untuk kami membayar bulanan kereta. Kami sudah pun mencuba pelbagai cara. Tetapi tidak berhasil. Tetapi sejak kes kereta kami rosak tu. En. Hubby ada bertanya dengan jiran depan rumah kami berkenaan dengan kereta. Sebab baru-baru ini kami perasaan yang dia memakai kereta pesona hitam baru. So risik punya risik Jiran yang kami pangil abang awie minta kami sumbit dokumen padanya. So keesokan harinya Ejen Proton call aku dan bertanyakan dengan permohonan pembelian kereta. Pada mulanya aku tidak yakin. tetapi disebabkan melihat kereta En. Hubby sudah teruk aku cuba juga. So ajen kereta tu cuba la menyelesaikan masalah aku, dan memberikan penerangan sedikit tentang apa yang dibuat supaya aku senang untuk menjawab setiap soalan yang akan diajukan oleh ejen bank. Petangnya agen bank call. Semua berjalan dengan lancar. Pada mulanya ejen bank mengatakan aku sudah pun mempunyai komitmen yang tinggi di sebabkan pinjaman.  Tetapi aku tawakal jika dapat aku bersyukur.

Kesokkan hari aku berkursus, aku dapat panggilan dari ejen proton yang mengatakan permohonan pembelian kereta aku telah diluluskan.Syukur Alhamdulilah. akhirnya merasa juga aku membeli kereta baru. Kereta waja tu En. Hubby akan jual atau minta sesiap sambung bayar.  So sekarang ini aku perlukan RM2000.00 untuk bayar pendahuluan kereta. Agen tu pulak minta deposit tengah bulan. Tak pelah pandai-pandai la En. hubby usahakan. Lagipun kereta tu dia yang minta. Bila di tanya en. hubby menyesal tak beli kereta second.  So dia cakap benda dah berlaku, so tak boleh nak patah balik. So moral of the story. Jangan la beli kereta second, kalau nak beli juga. kita perlu ada simpanan untuk memperbaiki setiap kerosakan. So perlu la  tanya pakar kereta. 

Sekarang aku hanya menunggu proses sain dokumen dan mengambil kereta  baru. So lepas ni boleh la jalan-jalan jauh macam Kelantan ke Terengganu . Sebab dulu En. hubby dah janji bila ada kereta baru kalau nak pergi mana cakap jer. Insyallah dia akan bawa. Tak sabar nak jalan-jalan. Tak sabar rasanya nak bawa kereta Proton PESONA..... :)) Mood Happy

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat hari IBU


Emak : Fatimah
Ibu : Hiana
Mama : Maznah

Sudah beberapa hari  aku tidak mengupdate blog. 2 Hari yang busy. Tapi aku pun tak tau aku sebenarnya busy sebab ape. Tapi yang paling membuat aku serabut tentang isu Pengasuh lama yang terlalu demand. But malas aku nak fikir.  Hari ini aku nak bercerita tentang Penghargaan seorang ibu. Minggu lepas aku balik kampung di Perak. Sudah sebulan setengah juga aku tidak balik ke kampung. Mana tak nya ada satu bulan tu yaya demam seminggu. Dan kena penyakit kelopak garam. Mengharap kan mak dari kampung datang untuk menjaga yaya sehingga dia sembuh. Balik pada cerita aku. Minggu lepas aku balik kg. Kami adik beradik memang ada bercadang untuk menyambut hari ibu. Tetapi secara kebetulan dan tidak disengajakan kami menyambut sekali dengan 3 orang, mak aku dan dua lagi mak tiri. Itu la saat yang kami berkumpul menjadi satu keluarga. Bukan ape sebelum ni 3 orang ni susah nak bertemu. Biasa la tak sehaluan. 

Tapi part yang paling best. Kami, Emak dan mama tiri aku kami bergotong royong untuk masak bersama. bagi mak tiri aku yang aku pangil Makcik dia dari rumah telah pun menyediakan 2 lauk untuk dihidangkan nanti. Ini lah dinamakan makan keluarga. Tidak sangka aku mempunyai 9 orang adik beradik tetapi berlainan mak. Tak sangka juga kami boleh sepakat macam ni. Mak aku juga boleh dikatakan sporting tidak la bermasam muka dengan madu-madunya. Walaupun mak sudah bercerai dengan abah. Bila ada masa terluang kami akan bersama seperti ini. Jika tidak di rumah kami, ia akan buat di dua rumah mak tiri aku. Nampak macam bahagiakan. Tapi Ini lah kali pertama kami buat perkara macam ni.
Memang seronok merasai saat macam ni. Cuma kekurangan satu. Di mana adik lelaki aku dan keluarganya tidak hadir. Memang aku tidak menjemput. Mungkin aku masih terasa ape yang dia lakukan kepada aku saat menguruskan hal kahwin ku dulu. Malas nak bercerita panjang lebar. Nanti menambah luka di hati ni.  Back tu cerita. Selepas kami makan bersama. Aku telah merancang untuk menyambut hari 3 ibu ini.  Memang aku tidak la berapa rapat dengan mereka. Tapi apa salahnya untuk menyambut sekali. Lagipun mak pun tak kisah. Mereka seronok sekali nama panggilan mereka tertera di atas Kek tu


Rabu, 9 Mei 2012

3G (Gemuk, Gebu & Gempal)




Isu yang sering di perkata kan bila time lunch bersama ofice mate, Gemuk la, cara nak dapatkan anak, macam mana nak kurus dan sebagainya. Lunch hour tadi duduk makan sambil bersembang. Ramai di ofice yang merunggut badan naik. Biasa la kalau perempuan mesti masalah kenaikan berat badan lepas kahwin and than ada la staff di bahagian lain promote premium beutiful pada member aku. Harga mahal 1 set jer RM2500.00. monthly bayar RM100 sebulan. Adui terduduk juga la. Nak habiskan bayar 2 tahun setengah baru habis. Maybe perempuan sekarang mesti kena jaga badankan. Aku ni memang la saiz kecil. But after bersalin. perut buncit. Runsing betul baru anak sorang. Tapi badan aku tetap kurus. Sebelum mengandung 40 Kg. Lepas bersalin 45Kg. Naik 5 Kg. its ok la. jangan naik terlebih sudah la. Tak lalu nak turunkan berat badan lepas tu. Dulu aku memang rungsing sebab aku kurus sangat. But sekarang tak sebab berat aku naik juga akhirnya. Dulu walaupun makan banyak tetap badan macam tu. Dekat rumah yang rungsing pasal berat badan ialah suami aku. Terbalik pulak. After kahwin memang berat badan dia memang naik. Nampak sangat bila perut dia buncit dan tak nampak leher. heheh mengata suami (",) bukan mengata tapi kenyataan.

Sering sangat En. Hubby rungsing. Sampai seluar pun dah tak muat. Selalu jer merunggut pada wifenya. But aku rasa its ok la. Badan dia tak la gemuk sangat. Selalu cakap tak nak makan malam. Tapi makan juga siap ada jajan lagi. Macam mana la berat badan nak turun. Kalau masak marah. Kalau tak masak marah pulak. Lapar la. Tapi nak diet tak ikut caranya. Bising la minyak banyak. Orang lain terbalik si isteri akan runsing sebab berat badan. Tapi aku hubby aku yang runsing. But aku its ok tak kisah pun dia gemuk pun. Me always love her. Gemuk ke kurus ke. Di mata isteri hubby its Perfect. Hehhe gemuk pun ok gak tak ada lak orang nak berkenan pada dia....Jahatnya (",).

Now aku just nak fikir jaga penampilan diri aku jer. Aku usaha nak cantikkan diri ni mana yang patut. Kecantikan untuk suami dapat pahala. So apa salahnya kita keluar duit sikit untuk itu semuakan. Me bukan just nak bangga la. Tapi dah 2, 3 orang bercakap aku ni macam tak ada anak. Sehingga orang sangkakan aku ni belum kahwin lagi. Maybe sebab badan aku kecil kot. Baka mak kan. Orang terkejut aku maintane jer. So bagi aku, aku bersyukur di berikan kelebihan itu. Ada pula yang minat pada aku. Bila orang lain cakap aku dah kahwin dan ada anak budak tu frust. Oppps sory bukan nak mengecewakan but. Memang kenyataan aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Walaupun kurus but kita tak tau kita ni sihat atau tak. So ape yang patut kita lakukan, menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin.

Bila kurus sangat nak pakai baju ape tak cantik. So aku kurus pun sedang-sedang jer. So tak susah la untuk mencari baju. Lagipun baju aku pun saiz S atau M. Tak pening untuk mencari ubat atau Pakai Coset untuk nampak kurus. So Alhamdulillah.

Selasa, 8 Mei 2012

Syukur masalah telah selesai





Alhamdulilah, satu masalah aku telah selesai. Lepas ni tak adalah pening kepala lagi memikirkan kerenah pengasuh yang sering sangat cuti. Petang semalam terpaksa aku mengambil Time OFF. Alasan pengasuh sebab nak uruskan Test HIV. Kenapa urusan diorang nak kahwin aku terbabit sama. Kalau sering sangat macam ni prestasi kerja aku juga yang teruk. Ape kata bos aku nanti. Semalam aku telah usahakan untuk mencari Pengasuh baru untuk jaga anak aku. Belek punya belek di internat. Dapat satu pengasuh di Web Majalah.com. Pada mulanya post di majalah tu bulan April. Tapi Aku tetap ingin cuba juga mana tau nasib menyebelahi aku.

Aku ambil dan dail nombor tersebut. Nama Pengasuh tu Nora,  sekarang dia tengah menjaga 6 orang, 2 baby dan 4 kanak2. Pada mulanya berat hati juga untuk aku terima, tetapi fikirkan Pengasuh lama sering sangat bercuti. Kali ini aku nekad. Lagi pun baby dia jaga 3 bulan, 6 bulan dan jika yaya 9 bulan. Aku harap sangat Nora boleh handle dengan baik. Harga pun boleh tahan RM280.00. Tak sangka juga Nora ni satu blok dengan aku . Rumah kami hanya selang setingkat sahaja. Aku tingkat 15 dan Nora tingkat 14. 
So selesai juga sebab tak perlu berpanas dan berhujang untuk ambil dan hantar yaya ke rumah pengasuh. Abah dia boleh hantar lewat. Lagipun My hubby pergi kerja lewat. So if anything dekat jer rumah. Petang semalam juga aku sudah pun pergi kerumah dia berbincang dan melihat sendiri rumahnya. Rumah Nora luas di sebabkan tiada perabut, hanya ada  TV di hadapan. Tiada karpet tiada sofa sekalipun. So senang la yaya buat aktiviti dia merangkak satu rumah. Budak-budak semalam pun dan besar anak dia pun nak masuk dua tahun. Walaupun muda tengok macam berpengalaman. 

Malam tadi juga Hubby dan aku telah singgah, bukan apa bagi kepuasan  dan menilai sendiri dan melihat  orang yang akan menjagakan anak dia nanti. Takut diakhir nanti aku juga kena komplen.. Setelah dibincang hubby dan aku berpuas hati. Cuma sekarang ini aku nak selesaikan urusan dengan pengasuh lama. Buat bayaran berapa hari dia jaga, ambil semua barang yaya. Entah macam mana aku nak cakap nanti dengan dia. rasa gusar lak hati ini. Tapi aku terpaksa buat macam ni. tak nak prestasi kerja aku teruk di sebabkan pengasuh. Dan biarlah dia selesaikan urusan perkahwinan dia dulu. Hope dia faham. :)