Selasa, 30 Jun 2009

Buat Duit Dengan Nuffnang - Pengesahan dari Wan Mohd Musyris

Cek Kedua Dari Nuffnang

Alhamdulillah. jumaat lepas dah dapat cek dari nuffnang untuk cashout saya yang kedua. Banyak ke? taklah banyak tapi cukuplah untuk menunjukkan yang buat duit dari blog dan internet sememangnya bukan lagi tipu. Sebab masih ramai orang ragu dengan pendapatan dari internet ini.

Saya cashout pada 29 April 2009, dan seperti dijanjikan 30 hari dari cashout, 1 Jun 2009 saya telah menerima email mengenai payment Advice dari HSBC. Payment advice maksudnya arahan pembayaran/ pengeluaran cek dari nuffnang kepada HSBC untuk pengiklan yang cashout.

Selepas 5 hari iaitu pada 5 Jun 2009, cek tersebut telah selamat sampai ke peti pos saya. so apa lagi, snap gambar dulu then masukkan dalam bank..hehe..

Malay Wedding


Malay weddings are grand affairs where the couple is treated as royalty. Weddings are usually spread out over several days, starting with the Henna-staining ceremony, followed by the 'Nikah' ceremony and ending with the 'Bersanding', which is the actual wedding day.

Engagement
As soon as a man announces his wish to marry, an engagement date will be set when families of the couple meet to discuss the wedding plans.

Henna-staining ceremony
The excitement begins three days before the wedding. On this day, the bride-to-be shows off her trousseau, changing five to six times throughout the day, as a sign of good luck. Her friends and relatives are invited to view her wardrobe. A day after this, the wedding ceremony proper starts with the henna-staining ceremony. During this ceremony, yellowish oil, extracted from henna leaves is applied on the fingertips of the couple by friends and relatives. It announces their forthcoming unity.

Nikah ceremony
Religious solemnisation of the marriage takes place on the wedding eve. Known as the Nikah ceremony rite is required by both the Islamic law and the civic law to legalise a Malay wedding.

Bersanding
The actual wedding day is the Bersanding. This literally means the "sitting together of the bride and bridegroom on the bridal couch". Known as the Pelamin (dais), this couch is the centrepiece of the whole ceremony, and two pelamins (dais) are required - one in the bride's house and the other in the bridegroom's. As the Bersanding ceremony customarily takes place in the afternoon, the bridegroom entertains guests at his own house in the morning. At the agreed time, he is escorted in a procession with a hadrah or kompang band (male music group) to his bride's house. On arrival, he has to pay a 'tax' in the form of money to the girl's family before he enters each door leading to the pelamin (dais) to take his place besides his bride. An astakona, a tiered pedestalled tray, is also placed in front of the pelamin(dais). Each tier contains a mound of cooked yellow rice studded all over with red-dyed eggs. This tray will later be presented to the emak pengantin (a close friend or relative chosen to be the matron of honour for the marriage) as an act of appreciation for her help during the ceremonies. The groom then sits with the bride on the 'pelamin' (dais). After this the couple returns to the bridegroom's house in a procession. They are normally accompanied by the hadrah band, with men beating a rhythm on their timbrels and reading verses from the Koran. The music proclaims their marriage to the world. At the bridegroom's house, the 'Bersanding' ceremony is repeated for the benefit of the bridegroom's kinfolk. This is followed by feasting and merry-making, called the 'kenduri'. The wedding celebrations come to an end when the bridal pair returns home to the bride's house to pay respects to her family.

Isnin, 29 Jun 2009

Me N U

















Pic Sabak Bernam

Keindahan Kampung Halaman





Keindahan Sawah Padi








Hidup Sebagai Nelayan






Suasana Nelayan di Sabak Bernam


nelayan Balik Dari Menangkap Ikan, Air Time Ni surut


Gambar ni Sewaktu liza kat Tepi Pantai Kat Daerah Sabak Bernam,

Khamis, 25 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

Kita Perlu menghargai bapa kita, walau macam mana dia sekali pun. Memang ada bapa sekarang seperti Haruan Makanan Anak. Tapi tak kesemua bapa kat luar sana macam tukan. Berilah penghormatan kepada bapa kita, kasihi lah bapa kita seperti mana kita kasih ibu kita.
tanpa dia kita tak lahir kedunia. semalam liza menonton tV yang menceritakan tentang pengorbanan seorang bapa yang menyelamatkan anak dia.
Sinopsis cerita ni yang menceritakan seorang anak yang tiada haluan hidup tidak tentu arah, malas bekerja, tiada haluan untuk teruskan hidup, hidup nya penuh dengan membuat kesilapan. Perubahan sikap ini terjadi selepas pemergian ibunya yang tercinta dan setelah bapanya berkahwin lain. Tambahan lagi ibu tirinya tidak menyukai dia, selalu sahaja dia di maki, dihina dicerca. Episod hidupnya terlalu menyayat hati. Walau pun demikian Bapanya tetap menyayangi dia walau pun dia seperti itu, Dari sejak itulah dia menbenci bapanya kerana, Bapanya tidak mempedulikan kehidupuan dia dan apa yang berlaku pada dia. Bapanya hanya sibuk dengan Bot-Bot sahaja, Tetapi jauh dilubuk hati dia tetapi menyayagi Anaknya.
Pada satu Kejadian yang tidak diduga dia dikhianati Oleh Kawan dia sendiri, dengan memaksa dia untuk menceroboh sebuah gudang, supaya memastikan Gudang tu tiada orang dan supaya senang rakan-rakan nya melakukan jenayah, Tetapi apa yang berlaku memakan diri nya sendiri. sebelum dia masuk kedalam gudang tersebut, terjadi satu kes rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pihak lain. tapi nasib tidak menyebelahi dia. Akibat mengikut hasutan rakan-rakannya. akhirnya dia terjerat sendiri, Gudang itu diserbu oleh polis dan dia di tahan dan di dakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.
Bapanya mencari ikhtiar bagaimana cara dia untuk melepaskan anak dia dari didakwa atas tuduhan membunuh, kisah ini terlalu menyayat hati. sedih bila liza melihat kisah hidup seorang anak ni.. walaupun anak nya membenci bapanya, Walaubagaimana pun bapanya tidak percaya yang anaknya melakukan pembunuhan tersebut. hatinya berdetik mengatakan tidak.
Pelbagai usaha yang dilakukan untuk melepaskan anaknya tapi tak berhasil, Ia pulak diTambah dengan kekusutan Isterinya yang mendesak supaya tidak mempedulikan anaknya dipenjara. tapi Hati si bapa terlalu kuat mengatakan dia akan tetap melepaskan anak nya. dia akan membuktikan anaknya tidak bersalah.
Atas Nasihat kawan-kawan bapanya dia mengambil keputusan untuk sambung belajar, Mengambil jurusan undang-undang, usaha ini cara membuktikan yang anak dia tidak bersalah. liza rasa tersentuh sekali, ini lah pengorbanan seorang bapa pada anaknya. selama4 tahun hati nya penuh cekal dan tabah berusaha menghabiskan pelajarannya dan akhirnya.. Bapanya menjadi seorang peguam, dengan Bahan-bahan dan bukti yang kukuh dan usaha serta bantuan-bantuan dari pihak lain serta kawan-kawan di tempat pengajian yang bangga dengan pengorbanan bapanya lah yang membantu si bapa menyelesaikan kes anak nya di mahkamah. Pengorbanan bapa berhasil, Anak nya berjaya di bebaskan, Anaknya terlalu terharu, walau masa dulu dia terlalu membenci Ayahnya.. Tetapi kini dia menjadi seorang yang berguna
semalam liza menangis melihat kisah tu walau itu hanya cerita tapi kita tak tau, mungkin disebalik cerita ni.. ada kisah sebenar yang terjadi di kalangan kita semua.
Hormati la Bapa kita, dia lah yang telah mendidik dan membimbing kita, walau sejahat dan sebusuk mana pun dia, dia tetap ayah kita, cuba bayangkan anak-anak Yatim dan piatu yang ketiadaan ibu bapa, tanpa kasih sayang, sunyi dengan belaian ibu dan ayah, kita sepatut bersyukur dengan kurniaan Allah yang Ayah dan ibu kita masih berasa di sisi kita,
mungkin di luar sana episod hidupnya berlainan, walaupun keluarga dah berpisah, liza tetap menyayagi Ayah, dia tetap ayah liza. dan liza berbanga dengan dia. insya liza akan sentiasa berdoa agar Ibu dan AYah sentiasa di rahmati oleh Allah Amin..
jadikanlah pengajaran kisah tadi sebagai pedoman kepada kita supaya kita menghargai bapa walau dia seteruk mana pun.

Isnin, 22 Jun 2009

Bakul Telur Dari Kertas


ni La bakul kertas yang liza wat...
sakit juga tangan..
ni pun liza belajar dari kawan... so dapat la save budgetkan... nnt just nak sapu shelek je bagi lawa sikit.. alhmdulih la sekarang ni dah dapat wat 20 biji bakul kertas..
rupa2nya cara buat bakul kertas ni mudah jer,, dan boleh ikut kretiviti kita sendiri.. nak nampak cantik lagi lepas je dah shelek tu kering leh letak tag and riben sikit so baru nampak lawa .. bila dah siap macam nampak bakul rotan jer....
bakul kertas ni juga kita leh buat pendapatan samping untuk duit poket kita sendiri. " bila ada kemampuan disitu ada Jalan...
so sekarang sourvinea untuk tetamu dah ada.. untuk kos door gift dapat la kurang sikit...
sekrang ni nak save bajet je.. supaya tak la terlebih koskan.. susah nanti..
so sekarang ni banyak perancangan kena buat...
first step dulu nak wat bakul telur ni.... sebb masa masih panjang lagi...
and than the 2and step kalau leh nak wat bunga pahar sendiri. nak wat bunga dip.. macam senang jer.. kalau tak cuba tak taukan.. hehehehhe....
insya... sekrng ni tegh usaha nak kumpulkan 500 biji bakul kertas... lepas tu baru leh wat bunga dip pula... cayok22222222

Rabu, 17 Jun 2009

TIPS mEMILIH wARNA tEMA pERKAHWINAN

Masalah yang paling ketara apabila ingin memilih baju pengantin ialah warna yang harus dipilih dan kemudian jenis kain yang sesuai. Pelbagai faktor harus diambil kira seperti saiz badan pengantin, warna kulit pengantin serta pasangan serta kos yang diperuntukkan.

Tambah memeningkan kepala jika seorang putih melepak dan seorang lagi gelap hitam manis. Bagi yang berkulit putih, apa sahaja warna sesuai dikenakan tetapi bagaimana pula dengan yang berkulit gelap?

Warna-warna hitam, biru malam, ungu gelap, hijau gelap, merah hati dan seumpamanya adalah warna mewah. Kemewahan himpunan warna gelap ini amat berkesan jika dipadankan dengan warna kulit yang cerah kerana ciri yang berlawanan yang ada. Ia menimbulkan kesan dramatik! Jika berkulit gelap yang mengenakannya, ianya kurang menyerlah malah akan menenggelamkan seri si pemakai. Biasanya jika tiada unsur berlawanan, kesannya kurang menonjol.

Pakaian pengantin yang berwarna terang pula bermakna warna-warna segar ceria sepertti putih susu, kuning air, ungu lembayung, oren cair, coklat cair dan seumpamanya. Jika yang berkulit gelap mengenakannya, ia akan menimbulkan kesan yang berlawanan yang menarik. Jikalau yang berkulit putih mengenakan warna-warna sebegini, ia akan menonjolkan gaya harmonis serta lembut.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengantin tidak seharusnya memilih hanya bergantung kepada warna kulit sahaja. Saiz badan si pemakai juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan si pemakai kelihatan lebih besar ataupun supaya kelihatan lebih kurus. Warna terang seperti kuning atau merah jambu akan menyebabkan yang berbadan besar kelihatan lebih besar manakala warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing.

Isnin, 15 Jun 2009

My Love






















Meniti Detik Penuh Berliku,
Untuk Mengampai Impian dan Cita-cita Yang Telah Di Metrai

New Pic




Termenung lak Kat Cini... Ehhhhhhh Pening La .. Ni Umah Ke Istana.. heheh ni Pic Kat Mahkamah Putrajaya.. Dalam Pengubah Suaian..













sweets Memoris
13 jun 2009












sweets Memoris
13 jun 2009

Jumaat, 12 Jun 2009

Luahan Hati

Sekarang ni nak kahwin pun susah la sikit..
tak la macam dulu.. sekarang ni pihak perempuan pun kena spend duit.. fikir2 ingat senang ke nak kawin. ada setengah tu ambil risiko wat loan.. huhhuh lepas tu ada dah ank 5 pun loan lum habis lagi.. aku harap aku tak ada la tergolong wat cara cam tu. nk wat loan blh .. tapi jgn la banyak sangat.. tapi mybe loan tu pilihan terakhir la.. sekarang ni merancangan dengan teliti penting la.. untuk kebaikan juga..

cuba bayangkan.. member liza baru-baru ini kawin RM 13000 ribu habis untuk majlis.. hantarannya RM8000.00 tapi selebihnya dia dapat duit dengan cara sendiri .. macam2 cara dia kumpul duit.. sempat la korek cerita cam ner dia dapat bajet untuk kenduri.. saguhati untuk tetamu sahaja dia buat 1000 paper bag..banyak tu.. termasuk semua tetamu dia bagi.. dah berpa.. banyak tu.. dalam tu ada kerepek, bekas, telus, kek cawan dan redang serta nasik impit.. mesti banyak kuar modal untuk saguhati tetamu jer..

meriah la.. walau kuar bajet banyak mana pun .. tapi penat memang penat.. kami yang jadi pengapit pun setengah mampus. penat gila la.. dah la tak cukup tido lagi.. ala jadi pengapit pun nak ambil berkat dari diorang jer.. kadang kenduri kawin ni tengok juga keadaan sekeliling kita.. if parent kaya leh la wat grend2.. tapi parents kurang.. kena la support sendiri untuk kawin..

macam mana la jadi lelakikan.. koman2 pun kena spend RM15000-RM20000 untuk perkahwinan dua belah pihak .. mana cukup kerja baru 2 tahun .. tupun kalu simpan duit kalau tak simpan .. cam ner diorang nak cari duit .. tapi selalunya... orang yang dirikan rumah tangga rezeki sentiasa murah. yer la Mendirikan masjidkan ... sunah tu..

kahwin ni pun satu cara kita nak mengelakkan maksiat tul tak.. kahwin ni juga kita dapat pahala..so kepada pasangan kat luar tu ada duit dan calon kawin jer terus.. sekarang jangan terlalu memilih sangat..bila Allah dah temukan jodoh tu .. dia datang hanya sekali bila dia datang dan kita tak ambil peluang tu.. dia tak kembali pada kita lagi..
ala kalu lelaki or gadis tu dah baik, hormat orang tua, ada penggang agama. dan sedap mata memandang ok la tu.. jangan terlalu memilih nanti sampai ketua tak kawih
so sentiasa la berdoa dan berdoa agar kita ni ditemukan jodoh yang baik dah hubungan yang kita bina tu direstui oleh ibu-bapa dan dirahmati oleh Allah.. aminnnnnnnnnnnnnn

nyayau

comelnya kuching ni geram tgk makhluk Allah ni terlalu comel sangat ..
nak jer cubit pipi dia.. actly hari ini aku tak ada idea nak tulis apa hari ini
dan tak ada mood la.. perkara penting ada nak cerita.. tak nak la war-warkan dulu takut tak jadi lak.. just wat masa ni aku merancangan jer.. tapi insya target ku untuk kecapi bahagia tu tahun depan la.. tu pun kalau laki ku tak post pon kan.. kalau postpon tu yang geram.. tu.. tapi wat masa ni kami tengah wat persediaan la.. bulan 7 ni baru kami nak gi kursus kawin... tengok la kalu penceramah dia best dengar la.. kalau tak tido la jawabnya... dan sekarang ni tengah planing barang apa nak beli dulu untuk hantaran.. walau lambat or cepat jer.. kita merancangan tak per kan .. biar semua persediaan berjalan dengan lancar tak ada la.. kelam kabut nanti..
ni tengah fikir mana nak beli dulu.. kami punya planing nak beli sendiri dan bila nk dekat tu baru tukar.. so save la.. dan kita leh chose sendiri apa yang kita inginkan...

Cinta Umpama Matahari

Cinta Umpama Matahari.. Membara dan terus membara.... tetapi hati-hati, kerana cinta yang terlalu membara seperti matahari kelak Akan membinasakan diri kita sendiri..

Khamis, 11 Jun 2009

"If Tomorrow Never Comes" from RONAN KEATING



"If Tomorrow Never Comes"


Sometimes late at night

I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams

So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of

If tomorrow never comes

My Sweets Memoris







Kenagan dan Detik Perkenalan Kami Ia Terlalu Manis Untuk DI Simpan ...
Terasa Bahagia Bila Di Samping Dia...
Time ni la.. Kami Kat Mid Velly.. Just Jalan-Jalan, Tengok Wayann.. Time Ni shahril tak kereta lagi... Kami Naik ERL.. Penat Juga Jalan ....

My Pic





Gi Kenduri Kahwin Kat Perak

Rabu, 10 Jun 2009

Diari Seorang Kekasih


Diari Ku

3.01 Petang : (Rabu) 10/06/2009

Ku masih bosan .. ini la ada masa juga tulis blog.. hati ku gusar juga.. fikir pasal hari yang bakal aku lalui nanti.. baru jer call mak sharil menanyakan rancangan yang kami bincangkan .. yer la PASAL HANTAR TANDA.. dengar khbar ramai yang datang.. huhuhuhu mesti meriahkan .. biasa la .. family nak berjalankan.. cincin belah rotan pun kami berdua dah beli.. cuma sekarang ni nak set tarikh jer..

biasa la gusar di hati juga ada la.. sebab aku dah banyak pengalaman mengenali lelaki ni ..
macam2 dugaan selama aku stay kat sini.. dan macam-macam lelaki yang pernah kenal.. ku harap kali ini cita dan usaha aku akan membuah kan hasil .. ku takut untuk kecewa .. terlalu perit untuk aku lalui.. kenangan pahit terlalu memeritkan hati ku..

orang sekeliling hanya melihat ku biasa tetapi di sebalik diri ku .. ada satu perasaan dimana ingin kan kebahagian dan ingin melupakan kekecewaan yang ku alami selama ini
selepas ni bila.. bila ku dah di tanda.. aku kena merancangan untuk proses seterusnya
banyak perkara ku perlu siapkan ..
kena kumpul duit.. ehhhh banyak tu... bukan sikit anak... and perkahwinan bukan perkara main2.

tunggu dan lihat la. apa akan jadi seterusnya.. dan aku disini aku berdoa dan terus berdoa agar cita-cita dan impian ku dan dia untuk bersama aku dimakbulkan oleh ALLAH .. aminnnnnnn

Istiadat perkahwinan melayu


Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.


Cincin belah rotan

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.


Bertunang


Barangan hantaran

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

















Beraneka jenis hantaran yang digubah indah


Sirih Junjung

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.



Cincin belah rotan sebagai tanda peminangan


Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.




Akad Nikah

Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Akad nikah sedang dijalankan

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.


Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur.

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.


Pengantin Diarak Dengan
Bunga Manggar


Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.


Pelamin yang telah siap dihias


Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.


Bunga telur yang telah siap digubah

Pengantin Berarak
Pengantin Bersanding
Paluan Kompang

Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...