Khamis, 21 Julai 2011

Kandungan 34 Minggu

 Blurrr.... Mencari Solution

Hari ini, kepala pening sebab selalu terjaga dari tido,  Semalam genap liza 34 Minggu... So lagi dua minggu 9 Bulan. Eeeeee Cepatnya la, masa berjalan.... Semalam Check Up memberikan khbar yang menyedihkan pada diri, Berat liza naik sangat, dan HB lak LOW.... cam ner la cara nak naikkan HB.

Tekanan Darah - OK
Berat  - 55.5Kg. dua Minggu sebelum ni 53.7Kg (Nurse cakap Naik mendadak dan takut Kencing Manis)
HB - 10.9 (Kenapa la tak naikkan lagi Satu jer kan cukup 11.0)

So.. semalam dah la jumpa nurse yang tak mesra, lepas tu bila tanya jer, jawab pun sepatah jer... Tak senyum pun,  Agaknya period kot. Malas fikir, yang liza fikir sekarang. Minggu depan liza ada apoiment lagi, dan di arahkan untuk minum air gula yang terlalu manis tu.... eeeeeee tak sedap, dah la liza tak suka manis-manis. Makan manis or minum manis, rasa pening kepala,  dan nak check darah sebab HB Low. Sebelum ni jenuh juga la, liza search kat tenet, macam mana tips nak naikkan HB yang Low ni, Baca kat tenet banyak juga efek kalau HB low. Dalam pencarian untuk meningkat HB Low, ada la terbaca artikel tentang kebaikan kurma, banyak vitamin dan banyak khasiat. Kurma memang digalakkan untuk ibu mengandung makan. Dan juga menambahkan Sel darah merah. Khasiat Kurma juga ada dinyatakan dalam Al-Quran. Dengan saranan tu juga liza makan la sehari 2 biji Kurma. Alhamdulilah la selama liza makan kurma ni, dulu HB konsisten jer.. 10.5 ke 10.6 dan ternyata bila makan kurma HB naik la sikit kepada 10.9, lagi satu jer nak 11.0. So lepas ni liza kena banyak makan kurma lagi. Sebelum ni 2 biji sehari. So lepas ni 3 or 4 biji sehari. Hope cara ni berjaya.

Selain tu, cari kat tenet, ada juga yang menyarankan makan BUAH DELIMA,  dari dulu duk cari tapi tak jumpa, kenapa la susah sangat nak jumpa buah ni. Buah Delima pun banyak khasiat juga, elok untuk tambah HB. Tadi kuar la pegi Mydin. dua tiga kali pusing Mydin, Tapi tak jumpa juga buah tu. Alahai buah kenapa susah sangat untuk dapatkan kau. Kalau dapat Ya Allah syukur sangat la. Lepas ni liza kena lebih peka bab pemakanan juga. Time Check Up dulu Nurse tu bagi la nasihat banyak kan makan sayur, buah, kerang, ikan bilis untuk tambah kan HB. So sekarang kena titik beratkan sikit bab makan. So tadi beli buah Epal Hijau, Jus Oren 1 Botol besar, dan Salad serta mayonis. Nak praktikkan untuk tambahkan Vitamin dalam badan ni. Klu biarkan, risiko lak masa bersalin.

So Cayuk.... Usaha tangga kejayaan bagi ku.... heheheh

Tiada ulasan:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...